SF Trouvaille Holidays Sdn Bhd (SSM No: 1316130-KK | Motac No: KPK/LN 9969) merupakan peneraju pakej percutian mampu milik dan dipercayai di Malaysia. Syarikat pelancongan ini milik penuh bumiputra yang beroperasi di Sitiawan, Perak. Syarikat ini juga mempunyai agen yang berdaftar di seluruh Malaysia.
SF Trouvaille Holidays juga dikenali dengan nama SFT Holidays yang menawarkan pakej percutian dalam dan luar negara. Pakej percutian SFT Holidays juga berkonsepkan Muslim Tour dengan pilihan pakej Full Board, Half Board dan juga Backpackers.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 28 Februari 2019 dan telah mula beroperasi di Seri Manjung, Perak yang dimiliki oleh Tuan Muhammad Shahrul Anuar Bin Hashim dengan trademark syarikat “Let us be your passport to the world”.
Pada tahun 2023, SFT Holidays telah berpindah pejabat ke Sitiawan, Perak yang beralamat di No 783, Tingkat 1, Lorong Sejati 10, Taman Sejati, 32000 Sitiawan, Perak. Waktu syarikat beroperasi dari jam 08:30 pagi hingga 05:30 petang (Isnin – Jumaat kecuali Cuti Umum).
SFT Holidays terlibat dalam memberikan servis pengurusan tiket penerbangan, pakej pelancongan seperti lawatan syarikat, lawatan bekerja, lawatan penyelidikan pelajar, pakej bulan madu dan lain-lain perkhidmatan.
Antara pakej percutian yang menjadi sambutan ramai ialah pakej Vietnam iaitu Dalat – Mui Ne – Ho Chi Minh serta pakej Indonesia iaitu Surabaya, Jogjakarta, Bali, Bandung yang telah menjadi kekuatan syarikat semakin dikenali ramai. SFT Holidays yakin dengan memberikan pelanggan kami pakej yang berpatutan, dapat memberi peluang kepada pelbagai Masyarakat untuk melancong dan menerokai pelbagai negara.
Kepuasan pelanggan dalam setiap percutian adalah matlamat utama SFT Holidays kerana ia akan menentukan kejatuhan atau kebangkitan sesebuah syarikat. SFT Holidays juga diterajui oleh beberapa kakitangan yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik buat para pelanggan untuk melancong dengan selamat, selesa dan yang paling penting pakej yang mampu milik!
SFT Holidays terdiri daripada 4 bahagian utama yang membantu menjalankan percutian pelanggan beroperasi dengan jayanya yang terdiri daripada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan, Bahagian Kewangan, Bahagian Operasi dan juga Bahagian Jualan dan Pemasaran.