TAIPEI – ALISHAN

FULLBOARD 5H4M

DARI RM3399

INFO/PENGENALAN TAIPEI – ALISHAN, TAIWAN

Kawasan Pemandangan Negara Alishan ialah resort gunung dan rizab alam semula jadi yang terletak di perbandaran Alishan, Daerah Chiayi, Taiwan.

Taiwan pada asalnya adalah jajahan Jepun pada tahun 1895-1945, hasil kekalahan teruk dinasti Qing selepas Perang China-Jepun Pertama.

Taiwan yang juga dikenal dengan nama Formosa adalah sebuah pulau yang terletak di lepas pantai tenggara China, antara Laut China Selatan dan Timur.

GAMBAR & AKTIVITI TEMPAT MENARIK
ITINERARY PAKEJ
  • TAIPEI - ALISHAN 5D4N
TAIPEI - ALISHAN 5D4N
DAY 1 (DINNER)

• Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Taipei.

Lawatan di Taichung:

• Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.

• Bermalam di Chiayi.

DAY 2 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunungganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga berpeluang bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih dari 3,000 tahun.

• Yuyupas Cultural Park: Melawat ke salah satu perkampungan orang asli di Taiwan. Terdapat rumahrumah tradisional mereka dengan jualan teh dan kopi buatan sendiri serta menonton cultural show.

• Chukou Visitior Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan.

• Bermalam di Chiayi.

DAY 3 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

Lawatan di Nantou:

• Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi.

• Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.

• Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.

DAY 4 (BREAKFAST, LUNCH)

Lawatan di Yehliu:

• Yehliu Geopark: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.

• Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.

• Melawat Taiwan Cultural and Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.

• Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.

• Bermalam di Taipei.

DAY 5 (BREAKFAST)

• Melawat National Chiang Kai-Shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.

• Shilin Residence Garden: Lawatan ke taman yang mempunyai pelbagai bentuk unik untuk bergambar disini.

• Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.

• Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA.

**Jadual Perjalanan mungkin berubah bergantung pada Masa Penerbangan, Cuaca, Pergerakan, Trafik/Keadaan Tidak Dijangka