INTERNSHIP

PELUANG LATIHAN INDUSTRI (INTERNSHIP) DI SFT HOLIDAYS

SFT Holidays menyediakan Latihan Industri (Internship) kepada pelajar yang memerlukan khidmat program pra-pekerjaan dari seluruh Malaysia.

Pelajar yang berminat sangat dialu-alukan untuk menghantar resume ke alamat email kami di sftrouvaille@yahoo.com.

BIDANG

Antara pengalaman dalam bidang yang akan diceburi di SFT Holidays ialah khidmat pemasaran secara atas talian, komunikasi jualan, pengurusan dan pengendalian sistem operasi serta lain-lain lagi.


SIJIL & KEMAHIRAN

Pelajar daripada institusi awam dan juga swasta terbuka untuk sertai SFT Holidays. Pendidikan sijil, diploma atau ijazah bukanlah menjadi ukuran tetapi kemahiran yang bakal dipelajari di SFT Holidays mampu membantu pelajar semasa alam pekerjaan kelak untuk memenuhi kepelbagaian pasaran.


WAKTU BEKERJA

Pelajar Internship akan merasai pengalaman bekerja mengikut waktu pejabat dan dapat menyelesaikan tugasan kerja yang diberi dalam waktu yang sepatutnya. Waktu bekerja: 08:30 pagi – 05:30 petang (Isnin – Jumaat kecuali Cuti Umum).


BUDAYA KERJA

Di SFT Holidays, kami menerapkan budaya kerja dalam satu pasukan dan satu keluarga yang saling memerlukan. Kerja dalam pasukan dapat mengeratkan hubungan kerja dalam menyelesaikan tugasan. Team SFT Holidays sangat happening dan mengamalkan konsep fun work for a better holidays!