KASHMIR – AGRA – NEW DELHI

FULLBOARD 8H6M

DARI RM4799

INFO/PENGENALAN KASHMIR – AGRA – NEW DELHI, INDIA

Jammu dan Kashmir sering dikenali sebagai "Kashmir yang diduduki India" dan merupakan sebuah wilayah yang dipertikaikan antara India dan Pakistan. Jammu dan Kashmir terdiri daripada tiga bahagian: Jammu, Lembah Kashmir dan Ladakh. Srinagar merupakan ibu negeri musim panas, dan Jammu pula ibu negeri musim sejuk.

Taj Mahal, antara tujuh keajaiban dunia di Agra yang sebenarnya istana dibina Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.Uniknya, Taj Mahal dibangunkan menggunakan marmar putih yang melambangkan kasih sayang, cinta dan penderitaan. Bangunan itu siap dibina selepas kemangkatan Mumtaz Mahal dan menjadi makamnya.

New Delhi sebutan ialah kawasan bandar dalam kawasan metropolis Delhi. Ia juga merupakan ibu negara bagi India.

GAMBAR & AKTIVITI TEMPAT MENARIK
ITINERARY PAKEJ
  • KASHMIR - AGRA - NEW DELHI 8D6N
KASHMIR - AGRA - NEW DELHI 8D6N
DAY 1 

• Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Delhi.

• Tiba di Delhi dan bermalam di Delhi.

DAY 2 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Bertolak ke Srinagar yang terletak di dalam daerah Kashmir dengan menaiki penerbangan domestik.

Lawatan di Srinagar:

• Melawat 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini. Kedua-dua taman ini dibina ketika zaman Empayar Mughal memerintah sebahagian besar India.

• Nishat Bagh: Sebuah taman yang berteres sebanyak 12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal Lake. Dibina pada tahun 1633 oleh Maharaja Shah Jahan dengan pemandangan indah menghadap tasik dan Zabarwan Mountains. Setiap teres dibina dengan senibina taman yang berbeza-beza dan di sini juga terdapat makam puteri raja Mughal. Teres ke-2 merupakan teres yang paling cantik dan menjadi tumpuan pelancong.

• Shalimar Bagh: Taman yang dibina oleh Maharaja Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden yang tercantik di Kashmir dengan jolokan “Crown of Srinagar”. Banyak pokok dan bunga yang jarang ditemui terdapat di sini dan musim terbaik untuk ke sini adalah ketika musim bunga dan luruh di mana pelancong dapat melihat pokok-pokok Chinar bertukar warna daunnya. Di sini juga terdapat sebuah dewan kediaman yang dibina menggunakan batu marble sebagai rumah tamu bagi tetamu diraja.

• Melihat cara pembuatan karpet Kashmir yang ditenun secara tradisional di Carpet Weaving Factory.

• Bermalam di Houseboat Srinagar.

DAY 3 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Melawat kawasan pergunungan di Sonamarg yang bersejarah sebagai salah satu pintu laluan Silk Road yangmenyambungkan antara Kashmir dan Tibet.

• Dengan ketinggian 2730 m, Sonamarg menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah meliputi puncak-puncak gunung di sekitar Kashmir Valley seperti Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak dan juga tasik-tasik sekelilingnya seperti Gangabal Lake dan Vishansar Lake.

• Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh menyewa kuda dan bersiar-siar sehingga ke Thajiwas Glacier ketika musim panas.

• Bermalam di Houseboat Srinagar.

DAY 4 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Menikmati keindahan panorama yang menakjubkan di pergunungan Gulmarg yang turut dikenali sebagai Meadow of Flowers dengan menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola menuju ke puncak gunung setinggi 3950 m.

• Gulmarg merupakan destinasi percutian yang terkenal semenjak dari abad ke-16 ketika zaman Empayar Mughal lagi dengan tarikan pemandangan panorama indah pergunungan Himalaya di sekelilingnya dan juga sekitar kawasan ini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan yang tumbuh meliar ketika musim bunga dan musim panas. Selain itu, Gulmarg terkenal sebagai pusat golf dan juga sukan musim sejuk.

• Antara tarikan yang terdapat di sini ialah Igloo Cafe yang terbesar di dunia, Maharani Temple yang dibina pada awal kurun ke-19 dan Maharaja Palace yang dibina hujung kurun ke-18.

• Bermalam di Houseboat Srinagar.

DAY 5 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Merasai pengalaman unik Shikara Ride menaiki sampan dari houseboat penginapan dan menyusuri sepanjang Dal Lake yang cukup luas dan mengambil foto pelbagai jenis houseboats yang unik yang terdapat di tasik ini, sambil berhenti sebentar di taman dan kebun sayur terapung.

• Menaiki penerbangan domestik menuju ke Delhi. Setibanya di Delhi, meneruskan perjalanan dengan bas persiaran menuju ke Agra.

• Bermalam di Agra.

DAY 6 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

Lawatan di Agra:

• Taj Mahal: Merupakan sebuah binaan yang dianggap sebagai antara 7 keajaiban dunia kerana seluruh kawasan kompleks ini dibina dengan simetri yang tepat. Kompleks ini dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada 1631 sebagai makam buat isterinya Mumtaz Mahal. Keseluruhan kompleks ini dibina menggunakan batu marmar putih dengan 4 buah menara dan kubah bangunan utama mencapai ketinggian 73m. Tetamu pastinya akan teruja dengan keindahan monumen ini dan keseluruhan kompleks ini saat melangkah masuk pintu gerbang utamanya.

• Agra Fort: Sebuah kota pertahanan yang dibina pada 1565 oleh bapa Shah Jahan, Maharaja Akbar dan menjadi pusat pemerintahan dan kediaman utama diraja Empayar Mughal sebelum berpindah ke Delhi. Kota ini merupakan salah satu dari seni bina Islam yang penting dan seluas 94 ekar menempatkan sebanyak lebih 500 bangunan terdapat di dalam kota ini. Tembok kotanya sahaja sudah setinggi 70 kaki.Antara monumen penting di dalam kota ini ialah kolam mandi Jahangir’s Hauz yang setinggi 5 kaki, pintu Ghaznin Gate yang dibuat pada tahun 1030, Shish Mahal yang indah dengan ukiran mosaic kaca dan juga Musamman Burj yang merupakan sebuah ruang istirehat air pancut terletak di tingkat atas kegunaan Mumtaz Mahal.

• Bertolak menuju ke Delhi dan bermalam di Delhi.

DAY 7 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

Lawatan di Delhi:

• India Gate: Tugu peringatan yang dibina seakan pintu gerbang bagi 84,000 tentera India yang terkorban sepanjang Perang Dunia Pertama.

• Raj Ghat: Memorial yang dibina bagi memperingati bapa kemerdekaan India, Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri Pertama India.

• Bersolat di Jama Masjid yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada tahun 1650 merupakan masjid yang terbesar di India dan menjadi simbol kekuasaan empayar Islam di India pada zaman Mughal.

• Qutub Minar: Menara yang dibina di atas runtuhan kota Lal Kot pada 1199 setinggi 72.5m dan merupakan sebahagian dari kompleks masjid Quwwatul Islam.

• Lawatan panorama bas melepasi Red Fort yang dibina pada 1639 oleh Shah Jahan sebagai kota pemerintahan Empayar Mughal, President’s Palace, Parliament House, Birla Temple dan Lotus Temple.

• Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

DAY 8 

• Tiba di Kuala Lumpur.



**Jadual Perjalanan mungkin berubah bergantung pada Masa Penerbangan, Cuaca, Pergerakan, Trafik/Keadaan Tidak Dijangka