DAY 1 |
---|
• Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Incheon. |
DAY 2 (LUNCH, DINNER) |
---|
Lawatan di Chuncheon: • Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim. • Petite France: Taman tema gaya Perancis yang telah dibina pada Julai 2008. Konsep Petite France ialah 'The Little Prince', nikmati pelbagai pengalaman dan acara kebudayaan Perancis yang menarik bersama keluarga & rakan-rakan. • Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kaki merentasi Uiamho Lake di atas jambatan berlantaikan kaca sepanjang 174m. • Gubongsan Observatory Cafe Street: Nikmati pemandangan panorama indah bandar Chuncheon berlatarbelakangkan gunung, tasik sungai dan jambatan berkembar Soyang Bridge dari kawasan tinjau Gubongsan Mountain. • Bermalam di Seoul. |
DAY 3 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER) |
---|
Lawatan di Seoul: • Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini. • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea. • National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu. • Bukchon Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Changdeok dan Tokong Diraja Jongmyo. • Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop dan Duty Free Shop. • Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butikbutik yang berjenama. • Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini. • Bermalam di Seoul. |
DAY 4 (BREAKFAST) |
---|
• Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul. |
DAY 5 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER) |
---|
Lawatan di Seoul: • Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto. • Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road. • Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok. • Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop. • Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul. • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe. • Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul. • Bermalam di Incheon. |
DAY 6 |
---|
• Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. **Jadual Perjalanan mungkin berubah bergantung pada Masa Penerbangan, Cuaca, Pergerakan, Trafik/Keadaan Tidak Dijangka |