BEIJING / BEIJING-UNIVERSAL STUDIO

FULLBOARD 6H4M

DARI RM2999/RM3599

INFO/PENGENALAN BEIJING, CHINA

Beijing ialah ibu kota negara paling ramai penduduk di dunia serta bandar kedua terbesar di China selepas Shanghai. Ia terletak di China Utara, dan ditadbir sebagai sebuah perbandaran di bawah pentadbiran langsung Majlis Negeri dengan 16 daerah bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Bandar ini kekal sebagai pusat kebudayaan yang paling berkembang di China walaupun perubahan politik yang kerap berlaku di negara itu sepanjang dekad awal abad ke-20.

Beijing juga dikenali untuk siheyuan (rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang menggantikannya dengan bangunan tinggi.

GAMBAR & AKTIVITI TEMPAT MENARIK
ITINERARY PAKEJ
  • BEIJING 6D4N
  • BEIJING - UNIVERSAL STUDIOS 6D4N
BEIJING 6D4N
DAY 1 

• Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing.

DAY 2 (LUNCH, DINNER)

Lawatan di Beijing:

• Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.

• Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.

• Bersiar-siar di sekitar Olympic Village dan berfoto dengan pelbagai jenis mural dan monumen yang berkaitan Olimpik yang dihasilkan ketika kejohanan berlangsung.

• Bermalam di Beijing.

DAY 3 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.

• Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.

• Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah di serang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.

• Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.

• Bermalam di Beijing.

DAY 4 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.

• Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.

• Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.

• Bermalam di Beijing.

DAY 5 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Melawat Summer Palace yang dibina pada kurun ke-12 di sekitar Longevity Hill dan Kunming Lake ketika zaman Dinasti Yuan sebagai istana bersemayam musim panas bagi maharaja China. Istana ini mula dijadikan muzium sejak dari tahun 1914 lagi ketika pemerintahan maharaja terakhir China, Puyi. Diiktiraf sebagai taman istana terbesar di dunia, tetamu akan dapat menikmati pemandangan flora yang cantik dan panorama sekitar tasik yang mengagumkan. Antara tarikan di sini ialah SeventeenArch Bridge, Wenchang Pavilion, Foxiang Ge Tower dan Hall of Benevolence and Longevity.

• Bersolat di masjid lama Fayuan Mosque, yang dibina ratusan tahun dahulu oleh Dinasti Qing.

• Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.

• Melawat The Place, bangunan yang cukup terkenal dengan World’s Largest LED Screen. Layar skrin LED ini digunakan untuk memaparkan pelbagai animasi termasuk berita, iklan dan visual artistik.

DAY 6 (BREAKFAST)

• Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

**Jadual Perjalanan mungkin berubah bergantung pada Masa Penerbangan, Cuaca, Pergerakan, Trafik/Keadaan Tidak Dijangka

BEIJING - UNIVERSAL STUDIOS 6D4N
DAY 1 

• Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing.

DAY 2 (LUNCH, DINNER)

Lawatan di Beijing:

• Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.

• Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.

• Menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.

• Bermalam di Beijing.

DAY 3 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.

• Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan Guangou dan sungai.

• Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun-temurun.

• Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.

• Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.

• Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.

• Bermalam di Beijing.

DAY 4 (BREAKFAST)

• Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema Universal Studios Beijing yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik. Antara tarikan di situ ialah The Wizarding World of Harry Potter - Hogsmeade, Minion Land, Kung Fu Panda Land of Awesomeness dan banyak lagi.

• Bermalam di Beijing.

DAY 5 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Masa bebas untuk membeli-belah di Hong Qiao Market, kompleks membeli-belah terkenal hiasan permata boleh didapati disini. Selain itu, terdapat juga barangan elektronik, jam tangan, tas tangan, dan lain-lain lagi.

• Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan di sini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah di serang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.