DAY 1 (LUNCH, DINNER) |
---|
• Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Dubai. Lawatan di Dubai: • Burj Al Arab: Hotel yang paling mewah dan ikonik di dunia berketinggian 321m yang dibina pada 1999. Bentuknya unik seakan layar kapal dan dibina atas pulau buatan di persisiran Jumeirah Beach. • Menyelusuri sekitar kawasan perumahan elit yang dibina berbentuk pohon palma, Palm Jumeirah di mana menjadi lokasi percutian selebriti terkenal dunia dan di hujungnya terletak resort Atlantis The Palm yang tersergam megah. • Melawat festival bunga Miracle Garden yang memaparkan pelbagai jenis bunga dan berfoto di struktur binaan seperti kapal terbang Emirates, rumah dan patung yang dipenuhi bungaan. • Menikmati makan malam dan persembahan tradisi orang Arab di dalam kapal tradisional Dhow Cruise Dinner yang berlampuan sambil menyusuri sungai Dubai Creek. |
DAY 2 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER) |
---|
• Bersiar-siar di sekitar kawasan Old Dubai untuk melihat bangunan asal kota ini sebelum membangun seperti hari ini dan menaiki bot tradisional Abra Water Taxi menyelusuri sepanjang tebing sungai Dubai Creek. • Masa bebas untuk membeli-belah di Gold Souk dan Spice Souk, dan antara barangan popular dibeli ialah barangan kemas, kurma, kekacang, minyak wangi dan kain pakaian. Di pasar ini juga merupakan lokasi untuk mendapatkan Zaatar, herba campuran yang terkenal di benua ini sebagai penambah rasa memasak daging. • Membeli-belah barangan buatan kulit di Leather Shop dan barangan tradisional buatan tangan di Handicraft Gallery. • Masa bebas untuk membeli-belah di salah sebuah shopping mall terbesar di dunia, Dubai Mall yang turut menempatkan Dubai Aquarium, di mana tetamu boleh bergambar secara percuma di skrin gelas lutsinar di ruang legar atau melawat di dalamnya dengan bayaran tambahan. • Berfoto di menara tertinggi di dunia yang menjadi ikon Dubai, Burj Khalifa yang setinggi 828m. Tetamu juga boleh membeli lawatan tambahan At The Top untuk menaiki menara ini ke tingkat 124 untuk menikmati pemandangan panorama kota Dubai. • Menikmati persembahan menakjubkan air pancut Fountain Show seakan di Las Vegas di kolam Dubai Mall ini. • Bermalam di Sharjah. |
DAY 3 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER) |
---|
Lawatan di Abu Dhabi: • Emirates Heritage Village: Perkampungan tradisi yang memaparkan cara kehidupan orang asal UAE sebagai nelayan dahulukala dan juga rumah asal mereka yang dibina di tebing laut. • Berfoto pandangan panorama kotaraya Abu Dhabi termasuk bangunan Emirates Palace, Etihad Tower dan kawasan pantai The Corniche. • Bersolat di Sheikh Zayed Grand Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di UAE dan dibina sebegitu indah dengan batu marmar putih, 4 menara setinggi 107m dan terdapat sebanyak 82 buah kubah pelbagai saiz. • Melawat pameran terkenal Global Village yang menempatkan 27 buah pavilion replika binaan terkenal seluruh dunia yang bercahaya berwarna-warni di samping tetamu dapat merasai makanan dari 90 buah negara yang terdapat di lebih 200 buah restoran dan gerai. Selain itu, terdapat juga tarikan Ripley’s Believe It or Not dan persembahan tradisi dari negara-negara terlibat dan aksi stunt motorsikal. • Bermalam di Sharjah. |
DAY 4 (BREAKFAST, DINNER) |
---|
• Aktiviti bebas di siang hari untuk anda menerokai Kota Dubai. • Pada petang hari, rasai pengalaman unik penuh adventure, Desert Safari Jeep merentasi beting-beting padang pasir dengan menaiki jeep 4x4 berkuasa tinggi dan berswafoto di tengah padang pasir. • Makan malam BBQ di tengah padang pasir dan menikmati pertunjukan tradisional orang Arab Badwi sambil berpeluang merasai pengalaman menunggang unta dan sesi berinai di Deluxe BBQ Camp. • Bermalam di Sharjah. |
DAY 5 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER) |
---|
• Dubai Frame: Sebuah mercu tanda unik berbentuk bingkai gambar keemasan yang terletak di tengah- tengah antara kawasan Old Dubai dan New Dubai yang berketinggian 150m dibina pada 2013. • Berfoto di binaan ikonik terbaru Museum of The Future yang berbentuk oval berwarna perak dan dikelilingi dengan tulisan khat Arab puisi yang ditulis oleh PM UAE. Lawatan di Sharjah: • Berfoto di sekitar Cultural Square yang menempatkan monumen Quran Roundabout dan muzium Cultural Palace. • Membeli-belah saat akhir di Blue Souk yang banyak menjual pakaian Muslimah dan barangan kemas, dan juga cenderamata di Gifts Zone. • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. |
DAY 6 |
---|
• Tiba di Kuala Lumpur. **Jadual Perjalanan mungkin berubah bergantung pada Masa Penerbangan, Cuaca, Pergerakan, Trafik/Keadaan Tidak Dijangka |