TOKYO – MT FUJI

FULLBOARD 6D4N

DARI RM6399

INFO/PENGENALAN TOKYO – MT FUJI, JEPUN

Tokyo atau dulunya dikenali sebagai Edo merupakan ibu negara Jepun dengan populasi 37 juta orang setakat tahun 2023 dan tersenarai sebagai bandar metropolitan nombor 1 terbesar dan teramai di dunia daripada 80 senarai bandar metropolitan di dunia.

Tokyo adalah destinasi pelancongan utama untuk peminat budaya, makanan dan seni bina Jepun dan peminat anime, manga, permainan video dan barangan elektronik.

Gunung Fuji di Jepun ialah gunung berapi aktif kira-kira 100 kilometer di barat daya Tokyo. Lazimnya dipanggil "Fuji-san," ia adalah puncak tertinggi di negara ini, pada 3,776 meter. Tapak ziarah selama berabad-abad, ia dianggap sebagai salah satu daripada 3 gunung suci Jepun, dan pendakian puncak kekal sebagai aktiviti popular.

Suhu

Musim Panas (June-August) : 21 - 30° celcius

Musim Luruh (September-November) : 5 - 17° celcius

Musim Sejuk (December-Februari) : -4 - 4° celcius

Musim Bunga (Mac-Mei) : 4 - 17° celcius

GAMBAR & AKTIVITI TEMPAT MENARIK
TOKYO - MT FUJI 6H4M (MAS)
  • TOKYO - MT FUJI 6H4M
TOKYO - MT FUJI 6H4M
DAY 1 

• Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Narita.

DAY 2 (LUNCH, DINNER)

• Tiba di Narita International Airport.

Lawatan di Kawagoe:

• Melawat sekitar Kurazukuri no Machinami atau lebih dikenali dengan Little Edo Warehouse District. Dinamakan sebegitu kerana sepanjang jalan ini masih berdiri teguh kedai-kedai dan gudang-gudang kayu yang wujud sedari zaman Edo pada kurun ke-16 dan memberi kita inspirasi tentang keadaan Jepun zaman dahulu kala.

• Berfoto di Time Bell Tower (Toki no Kane) yang asalnya dibina pada 1627 dan struktur yang sekarang ini merupakan menara generasi ke-4 dibaik pulih pada 1894 selepas kejadian Great Fire of Kawagoe.

• Membeli gula-gula dan manisan di Confectionery Row (Kashiya Yokocho), lorong yang terkenal dengan berdozen penjual manisan dan juga memberi gambaran kepada tetamu bagaimana suasana ketika zaman Showa dahulu.

• Bersolat di Masjid Farooq-e-Azam yang besar dan terkenal di bandar ini.

Lawatan di Oshino:

• Melawat perkampungan kecil Oshino yang terletak antara Lake Kawaguchi dan Lake Yamanaka, yang terkenal dengan 8 buah kolam jernih seperti cermin bernama Oshino Hakkai. Kolam-kolam ini terbentuk secara semulajadi selama lebih 80 tahun dari letusan lava Mt. Fuji.

• Bermalam di Fuji.

DAY 3 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

Lawatan di Fuji dan Gotenba:

• Dibawa ke Fujinomiya 5th Station yang setinggi 2300m dari aras laut untuk mengambil foto panorama Mt. Fuji yang tersergam indah dan Fuji Five Lakes yang terletak di sekitar kaki gunung.

• Di sini juga terdapat Fujisan Komitake Shrine yang menawarkan spot untuk foto panorama terbaik Lake Yamanaka di samping berfoto di pintu gerbang merah shrine ini.

• Berfoto di Lake Kawaguchi, salah satu tasik antara Fuji Five Lakes dan yang paling menjadi tumpuan para pelancong untuk mengambil foto sisi lain Mt. Fuji.

• Membeli-belah di Gotenba Premium Outlet yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenamajenama terkenal di samping menikmati diskaun yang luar biasa.

Lawatan di Tokyo:

• Masa bebas untuk membeli-belah atau bersiar-siar di Shibuya yang terletak di tengah kotaraya Tokyo dan telah wujud sejak kurun ke-11 lagi. Jangan lepaskan peluang untuk berfoto di Shibuya Crossing yang cukup terkenal.

• Bermalam di Tokyo.

DAY 4 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Melawat sekitar kawasan Asakusa yang sangat terkenal dengan pintu gerbang merah Kaminarimon yang terdapat tanglung besar dibina sejak 1000 tahun dahulu dan juga Sensoji Temple yang dibina pada kurun ke-7.

• Membeli-belah cenderamata dan manisan di laluan pejalan kaki Nakamise Street yang menempatkan lebih 50 buah kedai.

• Melawat Ueno Park, taman yang menjadi tumpuan ramai ketika musim cherry blossom. Di sini juga terdapat banyak muzium dan juga zoo. Di sini juga terletaknya Ueno Tosho-gu Shrine yang popular di kalangan pelancong untuk berfoto dan Flame of Hiroshima and Nagasaki Memorial.

• Masa bebas untuk membeli-belah di Akihabara yang terkenal sebagai pusat jualan barangan elektronik dan juga lokasi terkenal bagi peminat anime dan manga mencari koleksi mereka.

• Bersolat di Tokyo Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di Jepun dibina pada tahun 2000 dengan bentuk senibina Turki.

• Berfoto di Tokyo Skytree yang merupakan menara ke-3 tertinggi di dunia dengan ketinggian 634m. Menara ini akan berilluminasi dengan cahaya LED warna-warni pada waktu malam.

• Dibawa untuk melihat dan mengambil foto Tokyo Imperial Palace yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja Jepun dibina pada 1993 di atas tapak istana lama Edo Castle.

• Bersiar-siar dan membeli-belah di Ginza yang merupakan lokasi membeli-belah paling utama di Tokyo dengan pelbagai butik berjenama dan sederhana ada di sini.

• Bermalam di Tokyo.

DAY 5 (BREAKFAST)

• Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti berhibur di Disneyland dan Disneysea Tokyo, Sea Life Park, Legoland Discover Center atau menaiki train melawat Odaiba yang terkenal dengan Odaiba Beach dan Rainbow Bridge.

***Tiket masuk tempat-tempat lawatan ini dan pengangkutan tidak termasuk dalam pakej.

• Bermalam di Tokyo.

DAY 6 (BREAKFAST)

• Bertolak ke Lapangan terbang untuk penerbangan pulang.


**Jadual Perjalanan mungkin berubah bergantung pada Masa Penerbangan, Cuaca, Pergerakan, Trafik/Keadaan Tidak Dijangka