BANGKOK - KANCHANABURI

FULLBOARD 5H4M

DARI RM2399

INFO/PENGENALAN BANGKOK-KANCHANABURI, THAILAND

Bangkok secara rasmi dikenali dalam bahasa Thai sebagai Krung Thep Maha Nakhon dan dalam bahasa sehari-hari sebagai Krung Thep ialah ibu kota dan bandar terpadat di Thailand. Bandar ini menduduki 1,568.7 kilometer persegi (605.7 batu persegi).

Tarikan utama Kanchanaburi ialah Jambatan di atas Sungai Kwai dan Kereta Api Kematian. 'Bridge on the River Kwai'.

Jika anda pergi ke Kanchanaburi, terokailah taman safari yang luas ini dengan menaiki bas mini. Pencinta haiwan pasti teruja untuk melihat pelbagai haiwan dengan lebih dekat dan berinteraksi secara langsung. Tumpuan utama di sini adalah melihat dan memberi makan kepada zirafah dari jarak yang dekat.

GAMBAR & AKTIVITI TEMPAT MENARIK
ITINEARY PAKEJ
  • BANGKOK - KANCHANABURI 5H4M
BANGKOK - KANCHANABURI 5H4M
DAY 1 (DINNER)

• Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.

Lawatan di Bangkok:

• Masa bebas untuk membeli-belah waktu malam di Ramkhamhaeng Night Market yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, aksesori dan juga terdapat makanan jalanan yang halal.

• Bermalam di Bangkok.

DAY 2 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Maeklong Railway Market: Pasar yang unik dengan peniaga menjual barangan mereka di tepi rel keretapi dan akan mengalihkan barangan setiap kali keretapi lalu.

• Damnoen Saduak Floating Market: Pengalaman berharga menaiki sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan pasar terapung yang paling

terkenal di dunia ini dan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi.

Lawatan di Kanchanaburi:

• Berfoto di pokok gergasi berusia lebih 100 tahun sebesar pemeluk 10 orang, Giant Monkey Pod Tree.

• Merasai pengalaman berjalan dan bersiar-siar di jambatan kaca setinggi 12m, Skywalk Over The River Kwai sepanjang 150m yang di sepanjang tebing muara pertemuan 3 buah sungai.

• Bermalam di Kanchanaburi.

DAY 3 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Death Railway Station: Melawat jambatan landasan keretapi merentasi River Kwai yang amat bersejarah dan terkenal dengan jolokan nama Death Railway kerana berpuluh ribu nyawa buruh paksa terkorban ketika laluan keretapi sepanjang 415km yang menghubungkan Thailand-Burma ini dibina.

• Merasai pengalaman bermakna dengan menaiki Classic Train Ride yang melalui sepanjang Death Railway dengan pemandangan damai River Kwai dan bukit bukau.

• Isi masa terluang dengan membeli-belah di JJ Local Night Market, pasar malam yang menawarkan pelbagai jenis makanan jalanan, produk kecantikan, pakaian dan aksesori elektronik.

• Bermalam di Kanchanaburi.

DAY 4 (BREAKFAST, LUNCH, DINNER)

• Safari Park Kanchanaburi: Keunikan Safari Park ini adalah pelawat boleh memandu kereta sendiri atau menggunakan pengangkutan yang disediakan untuk mendekati dan melihat haiwan. Syurga bagi mereka yang gemar bergambar kerana anda boleh berjumpa dengan pelbagai haiwan daripada anak harimau Shangela gajah dan berpeluang memberi makan kepada zirafah dalam jarak dekat, selain pertunjukan buaya yang menarik.

• Membeli batu permata di galeri Gems Factory dan madu lebah di ladang pemprosesan Honey Farm.

• Masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar di ICONSIAM Shopping Mall yang terletak di sepanjang Chao Phraya River.

• Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot persiaran Chao Phraya River Tourist Boat yang akan berhenti di beberapa jeti sepanjang sungai ini dan anda boleh hop on-hop o di jeti-jeti ini untuk melawat tarikan seperti Flower Market, Wat Arun dan China Town.

• Bermalam di Bangkok.

DAY 5 (BREAKFAST)

• Membeli makanan kering untuk dijadikan ole-ole di Bow Tip Thai Dried Food Store.

• MBK Center: Kompleks membeli-belah pelbagai barangan dengan lebih 2,000 buah kedai yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia.

• Menaiki penerbangan pulang dan mendarat di Kuala Lumpur.

**Jadual Perjalanan mungkin berubah bergantung pada Masa Penerbangan, Cuaca, Pergerakan, Trafik/Keadaan Tidak Dijangka